Friday, October 14, 2011

Peminat Wanita Baling Coli Ke Arah All Time Low (12 GAMBAR)


“Ini kali pertama kami membuat persembahan di Malaysia. Sudah tentu kami sangat teruja dan tak sabar untuk menghiburkan peminat di sini,” ujar anggota kumpulan All Time Low ketika ditemui sebelum membuat persembahan mereka di festival rock terbesar Malaysia, Rockaway 2011, Sabtu lalu.

All Time Low merupakan band pop-punk Amerika Syarikat yang dianggotai oleh empat anak muda iaitu Zachary Merrick, Alex Gaskarth, Rian Dawson dan Jack Barakat. Antara lagu popular mereka ialah ‘Dear Maria, Count Me In’, ‘Weightless’, ‘I Feel Like Dancin’, ‘Forget About It’ dan ‘Lost in Stereo’.

Kedatangan sulung kumpulan yang berasal dari Maryland ini bukan saja dinantikan oleh penggemar muzik punk, namun turut  dinantikan oleh peminat wanita mereka. Ketika band ini muncul di atas pentas, peminat wanita mula bersorak dan menjerit bagai terkena histeria. Malah, ada di antara mereka yang bertindak lebih ekstrem apabila bertindak membaling coli ke arah kumpulan tersebut.

Situasi ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana All Time Low sendiri memang sudah dikenali dengan isu peminatnya membaling coli. Ini kerana, di mana-mana saja persembahan pentas mereka, pasti akan ada peminat yang bertindak di luar kawalan. Malah, ekoran dari insiden tersebut juga, sebuah laman, ‘All Time Low owns more bras than I do’ turut dibuka di akaun Facebook.

“Saya tahu mereka ini akan bertindak liar, menjadi luar biasa dan juga ghairah!” jelas anggota kumpulan tersebut.

Ketika ditemui, kumpulan yang meminati Blink 182 dan Foo Fighters ini juga memberitahu dalam proses untuk menghasilkan album terbaru mereka. Sehingga kini, All Time Low sudah mempunyai empat buah album studio iaitu ‘The Party Scene’, ‘So Wrong, Its Right’, ‘Nothing Personal’ dan ‘Dirty Work’.

“Kami tengah dalam proses untuk menghasilkan album terbaru kami. Kami teringin dan suka jika dapat bekerjasama dengan Lady Gaga kerana bagi kami, dia bagus dan juga berbakat.”

Dalam pertemuan singkat itu, GUA juga sempat bertanya kepada mereka sama ada sudah mencuba makanan Malaysia, mereka menjawab, “Kami dah cuba makan durian. Rasa dia seperti buah manga yang dicampur dengan gas. Saya tak tahu nak terangkan macam mana kerana rasanya pelik sekali.”

Sebelum mengakhiri temubual, kumpulan ini sempat memberitahu, “Kami semestinya akan kembali ke Malaysia. Terima kasih kepada semua dan kami sayangkan anda!”













No comments:

Post a Comment