Friday, October 14, 2011

Awie nafi jadi gengster UMNO

KUALA LUMPUR 14 Okt.- Penyanyi Rock yang juga vokalis Kumpulan Wings, Awie meminta agar tidak menggelar beliau sebagai seorang gangster Melayu berdasarkan penampilan beliau.
Jauh sekali dari pandangan sempit sebegitu, beliau sebenarnya seorang yang suka berlawak dan penyanyang terutamanya terhadap kanak-kanak.

"Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau."
"Bagi mereka yang rapat dengan saya mereka akan tahu, saya seorang yang lantang bersuara dalam apa sahaja situasi bagi mempertahankan sesuatu hak.

"Paling tidak pun, saya seorang yang sangat tegas mengenai isu pembelaan artis. Mungkin dari situ orang nampak saya seorang yang kasar," katanya.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.
Turut hadir beberapa rakan-rakan artis lain yang antaranya seperti Zed Zaidi, Adam (AF), Ezany Nizarif dan Rashdan Baba akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO menganjurkan pertandingan BN 1 Youth Music.

Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment