Saturday, September 24, 2011

Irma Hasmie tak akan hadiri perkahwinan Nabil


KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2011: Pelakon Irma Hasmie ,29, memberitahu dia tidak akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya, Nabil Raja Lawak, 28, yang bakal berlangsung pada 30 September ini.


Tindakannya itu bukanlah kerana tidak sudi melihat hari bahagia bekas kekasihnya, tetapi lebih kepada menghormati Nabil dan bakal isterinya, Nazirah.

Sungguhpun begitu, Irma Hasmie tetap akan mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga bekas teman lelakinya itu supaya perkahwinan Nabil dan isteri diberkati Allah.

"Tak manis rasanya, jika saya nak hadir ke majlisnya. Nampak agak pelik pula nanti bila bekas kekasih hadir dan saya tak mahu timbul perkara yang tak elok pula nanti. Lagipun inilah salah satu cara saya menghormati hari bahagia Nabil dan isteri.

"Apa-apa pun, saya mahu ucapkan tahniah pada Nabil. Mudah-mudahan Nabil dapat melayari bahtera perkahwinannya dengan rahmat dan keberkatan dari Allah," kata Irma yang sehingga kini tidak menerima apa-apa jemputan daripada Nabil.

Walaubagaimanapun, Irma berharap dengan ketiadaannya itu nanti tidak pula disalah anggap juga oleh ahli keluarga Nabil kerana dia tidak pernah memutuskan talian persaudaraan yang sudah terjalin sejak mengenali Nabil.

"Saya tak pernah bermusuh dengan Nabil, jauh sekali dengan ahli keluarganya kerana saya juga agak rapat dengan adik beradik perempuannya. Saya pun tak suka nak bermusuh dengan sesiapa kerana takut tidak berkesempatan untuk meminta maaf.

"Jadi, saya tak mahu mereka berkecil hati dengan tindakan saya kerana saya masih menjaga hubungan baik dengan mereka. Tidak pernah putus walau apa juga sekalipun," katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Sementara itu, Irma berkata dia masih belum mempunya teman istimewa, malah mengakui sedang mencari seorang calon paling sesuai untuk dijadikan bakal suami.

"Bila kita dah tahu banyak benda mengenai ilmu agama, saya sudah mula faham apa yang kita perlu dan ingini dalam hidup ini. Perkahwinan merupakan satu fitrah dan sebagai seorang manusia biasa, saya juga punya keinginan untuk berkahwin.

"Saya akui kini saya sedang mencari calon suami dan bukan kekasi hati. Usia saya pun dah semakin meningkat dan saya perlu memikirkan mengenai pasangan hidup," tambahnya lagi yang sudah bertudung litup sejak awal tahun ini.

Irma kini sedang menjalani pengambaran telemovie, Hatiku Kinabalu bersama Yana Samsudin dan bakal muncul dalam program realiti berjudul, Solehah di TV Al-Hijrah mulai 23 September (semalam), jam 8.30 malam.

No comments:

Post a Comment