Saturday, September 24, 2011

Nabil, Nazirah Nikah 30 September di I-City Shah Alam





KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2011: Pelakon dan pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad, 28 bakal diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Nazirah Ayub, 23 pada 30 September ini di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Nabil menerusi pengurusnya, Latip Ahmad ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, pasangan berkenaan bakal dinikahkan selepas solat Jumaat di masjid berkenaan kerana berhampiran dengan kediaman keluarga sebelah perempuan, di Klang.


Dia juga berkata, sebuah majlis resepsi penuh warna-warni berkonsepkan 'fairy tale' bakal diadakan di I-City, Shah Alam pada tanggal 2 Oktober ini, sekitar jam 8 malam.

"Konsep fairy tale dan persandingan dalam taman sememangnya konsep yang diidamkan Nabil dan Nazirah. Mereka sengaja memilih I-City kerana lokasi berkenaan melengkapi konsep impian perkahwinan mereka.

" Pada majlis resepsi berkenaan, mereka akan mengenakan persalinan moden di mana Nabil dengan tuxedo, manakala Nazirah bersama gaun moden," katanya.

Nabil dan Nazirah telah mengenali satu sama lain sejak enam tahun lalu, bagaimanapun dia mengakui tidak pernah berhubung apatah lagi bercakap dengan bekas pramugari AirAsia Berhad itu.

Namun, hubungan mereka kembali akrab sejak awal tahun ini kerana pasangannya itu merupakan teman rapat kepada adik iparnya.

Menafikan keputusannya mendirikan rumah tangga itu sebagai langkah terburu-buru, Nabil bagaimanapun mempunyai alasannya tersendiri kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana perpisahannya bersama Irma Hasmie selepas lebih dua tahun bercinta.

No comments:

Post a Comment