Saturday, September 24, 2011

Dang Suria kerja hotel pula



TERKEJUT juga Diva bila seorang teman kepada Dang Suria memberitahu bahawa pengacara cantik itu telah bertukar kerjaya.
Kata teman Diva, isteri kepada penulis lirik Ad Samad itu meninggalkan stesen Awani baru-baru ini dan tidak lagi bertugas di situ.
"Dang baru sahaja berhenti di Awani. Dia sekarang menjadi Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve dan sebuah lagi hotel yang sedang dalam pembikinan iaitu Hotel Royale Bintang Damansara yang terletak bersebelahan Cineleisure," ujar teman Diva tadi.
Dia juga sempat meluahkan rasa terkilan kalau-kalau Dang Suria yang pada mulanya dikenali sebagai pembaca berita sebelum menjadi pengacara, terus menyepi daripada bidang penyiaran.
Tapi menurut teman Diva, Dang hanya bertukar kerja dan tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen. Namun, dia masih mengambil tawaran untuk mengacarakan majlis.
Diva: Pernah terfikir berubah bidang tapi ada rasa takut.

No comments:

Post a Comment