Friday, September 23, 2011

Fara Fauzana bakal mengeluarkan rancangan realiti TV sendiri


Dengan bergantung kepada populariti, Fara Fauzana telah mempertaruhkan wangnya sendiri untuk mengeluarkan satu rancangan realiti TV yang menyerupai rancangan realiti barat iaitu Kimora: Life In The Fab Lane.




Rancangan realiti yang bakal menampilkan Fara Fauzana sendiri sebagai selebriti dalam rancangan tersebut akan menayangkan perjalanan hidup Fara Fauzana seharian. Rancangan ini akan ditayangkan dalam 13 episod dan masih lagi dalam proses awal untuk menerbitkannya.
Walaupun rancangan ini merupakan sesuatu yang baru dalam televisyen Malaysia, rancangan realiti TV seperti ini telah lama di tayangkan di  luar negara menampilkan kehidupan artis mahupun orang yang dipilih oleh penerbit rancangan tersebut. Tetapi ini juga bukan perkara yang baru bagi Fara, kerana selama ini Farah selalu memuat naik video kehidupan sehariannya di internet, jadi, tidak mempunyai masalah jika Farah akan menayangkannya di televisyen pula dan ianya lebih menguntungkan.
Kos bagi rancangan tersebut adalah dikeluarkan oleh Fara Fauzana sendiri dan mungkin akan ditambah oleh penaja-penaja yang berminat menaja rancangan tersebut. Video di bawah merupakan contoh kepada bagaimana konsep rancangan itu nanti.


Farah bersama kereta Honda miliknya

No comments:

Post a Comment