Friday, September 23, 2011

Isu Hantu Bonceng hina Rasulullah : Zizan hubungi Ustaz Azhar Idrus (VIDEO)


Skrip Zizan dikatakan banyak menghina Rasulullah.

Dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini, ada memberitahu bahawa Zizan ada menghubunginya melalui telefon dan bertanyakan pendapat Ustaz Azhar mengenai isu yang semakin hangat dibicarakan, iaitu isu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah melalui filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng.

Zizan yang amat sedih kerana dibenci oleh orang ramai kerana filem tersebut, memohon agar Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang apa-benar tingkahlakunya di dalam filem itu benar-benar salah atau tidak.
Berikut adalah video penjelasan Ustaz Azhar Idrus kepada Zizan yang disampaikan semula kepada umum melalui sebuah ceramah sebagai perkongsian dan peringatan untuk kita bersama.





Ringkasan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus:

Boleh jadi ianya niat nak mempersenda atau sekadar sebuah lakonan. Penulis skrip dan pengarah perlu merujuk dahulu dari pejabat agama atau jawatan kuasa fatwa. Skripnya boleh jadi ingin mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat mempersendakan islam. Apapun kalau bukan niat nak mempersendakan Islam, tetap haram juga kerana memberi fitnah. – Ustaz Azhar Idrus




Semoga penjelasan dari seorang Ustaz ini dapat memberi jawapan yang jelas kepada kita semua tentang apa yang dilakukan filem itu, semangnya tidak dapat diterima oleh mereka yang sayangkan dan menghormati Rasullulah dan agama Islam.


Diharapkan para pelakon tidaklah terlalu lurus-bendul selepas ini sehingga tidak mampu lagi menilai skrip yang mereka terima. Begitu juga dengan penulis skrip dan pengarah, usahlah melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi orang ramai lebih-lebih lagi melibatkan soal agama lebih-lebih lagi jika penulis dan pengarah itu sendiri beragama Islam. Usah jadikan agama sebagai bahan lawak melariskan filem.
Gunakan otak di kepala, dan bukan otak di kepala lutut.

No comments:

Post a Comment