Friday, September 23, 2011

Lisa Surihani Lebih Suka Jika Ada Latihan untuk Istanbul, Aku Datang



Rezeki akhirnya memihak kepada pelakon Lisa Surihani untuk membintangi filem terbaru arahan Bernard Chauly yang bertajuk Istanbul, Aku Datang. Diterbitkan oleh Red Films, seratus peratus penggambaran akan dilakukan di Istanbul, Turki.


Kali terakhir Lisa bekerjasama dengan Red Communications adalah menerusi filem Goodbye Boys pada tahun 2005 dan ternyata tawaran terbaru yang datang tidak dilepaskan oleh pelakon tersebut.



“Lisa memang ada keinginan untuk bekerja di bawah arahan Bernard lagi. Tanpa memikir panjang, dalam tempoh seminit itu saya mengatakan ya. Pada masa yang sama, Lisa berpeluang untuk ke Istanbul. Memang saya teringin ke sana dan Alhamdulillah rezeki untuk Lisa. Doa Lisa termakbul juga akhirnya,” jelas Lisa yang akan berada di Istanbul pada 26 September ini.


Bakal memegang peranan sebagai Dian, Lisa dipertemukan buat pertama kali dengan Beto Kusyairy (Haris) dan Tomok (Azad). Bagi memantapkan lakonan mereka, sesi latihan telah dianjurkan oleh tenaga produksi Red Films.

Lisa akui tidak semua produksi menitik-beratkan soal latihan dan pernah juga pelakon itu mendapat skrip sewaktu di lokasi. Bagi pelakon yang pernah meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik FFM23 ini dia lebih suka sekiranya setiap produksi menitik-beratkan sesi latihan sebelum masuk ke set.




“Latihan membolehkan kita mendalami skrip dan membaca apa yang diingini pada setiap watak, tidak hanya watak kita saja tetapi juga dengan rakan lakon kita. Saya tidak mengatakan produksi yang tidak melaksanakan latihan sesuatu yang salah, adakalanya ia boleh menjadi. Sesi latihan satu perkara yang bagus dan patut diamalkan oleh setiap produksi filem. Bila berlatih bersama Beto dan Tomok, Lisa dapat sesuatu yang baru daripada mereka,” tambah Lisa lagi.

Mendapatkan jawapan sama ada kekasih hatinya, Yusry akan melamarnya di Istanbul, “Dia agak sibuk dengan pra produksi untuk filem Vikingdom dan pastinya dia perlu menguruskan kerja-kerjanya di sini. Nampak gayanya, tiadalah kot.”
Antara filem yang menampilkan wajah Lisa Surihani sebagai pelakon untuk tahun ini antaranya Ombak Rindu dan Papa I Love You.

No comments:

Post a Comment