Showing posts with label upm. Show all posts
Showing posts with label upm. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Rashidi Ishak antara selebriti terima ijazah UPM (GAMBAR)


Rashidi Ishak gembira menunjukkan skol graduan Bacelor Komunikasi Universiti Putra Malaysia bersama isterinya yang juga seorang artis, Vanidah Imran pada majlis konvokesyen di UPM, semalam.


SERDANG 18 Okt. – Kehidupan glamor sebagai selebriti tidak pernah memadamkan impian pelakon Rashidi Ishak dan pengacara Nor Azzura Azizul Azman untuk menggenggam segulung ijazah.

Hari ini, impian mereka tercapai apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada Konvokesyen Ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.