Showing posts with label superman. Show all posts
Showing posts with label superman. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Salinan komik pertama Superman dijual RM10j


LONDON - Salinan isu pertama Action Comics yang memperkenalkan watak adiwira, Superman kepada dunia pada 1938 dijual semasa sesi lelongan secara dalam talian de­ngan harga AS$2.16 juta (RM10 juta).

Laman lelongan berpusat di Amerika Syarikat (AS), ComicConnect menyatakan ia adalah antara komik yang mempunyai nilai sejarah kerana keadaannya masih baik walaupun berusia lebih setengah abad.