NEGERI Johor sememangnya terkenal dengan pelbagai hidangan kulinari yang sentiasa menjadi ingatan setiap pelancong saat berkunjung ke negeri di selatan Semenanjung Malaysia itu.
Hidangan seperti nasi beriani gam, nasi ambang, laksa Johor, mi bandung dan otak-otak Gelang Patah merupakan hidangan tradisi negeri berkenaan.
