Showing posts with label spad. Show all posts
Showing posts with label spad. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

TICKET touts infront SPAD patrol car

Touts offering tickets to passengers at the bus terminal despite the presence of a Land Public Transport Commission (SPAD) patrol car
TICKET touts at the Pudu Sentral Bus Terminal (formerly known as Puduraya) continue to ply their trade despite the presence of authorities in the area.

A check by Streets  saw more than 10 ticket touts doing brisk business in front of the bus terminal next to  Ancasa Hotel.

Friday, October 28, 2011

Pemandu Bas Wanita - Norsiah mula tugas 6 pg (3 GAMBAR)

Penumpang mengakui berasa lebih selamat menaiki bas yang dipandu oleh wanita.

SEBAIK meletakkan motosikal di dalam kawasan depoh Sentul, Norsiah Salim, 46, pantas membuka topi keledar yang dipakai. Rambut hitamnya yang panjang mengurai dibiarkan lepas bebas. Sesekali jari-jemarinya mengelus helaian rambut yang terdapat di muka.
Lengkap memakai persalinan kemeja rona biru lembut yang dipadankan dengan seluar hitam, wanita itu berjalan pantas untuk mengemas kini alat perakam waktu atau punch card bagi tugasan pada hari tersebut.

Wednesday, October 12, 2011

SPAD: Ubah laluan MRT bukan kerana politik



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menegaskan bahawa personaliti atau pertimbangan politik tidak pernah menjadi faktor dalam menentukan perubahan laluan MY Rapid Transit (MRT) melalui satu lot tanah di Jalan Damansara.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu telah mempertimbangkan semua cadangan untuk mengubah laluan berkenaan berdasarkan fakta dan merit setiap kes dengan memastikan kepentingan awam terjamin.

Thursday, October 6, 2011

Spad: Lurus landasan bukan selamatkan rumah VIP



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) hari ini menjelaskan tindakan meluruskan landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Damansara dekat Jalan Duta bukan untuk menyelamatkan bunglo milik seorang kenamaan seperti didakwa pihak pembangkang.


Ketua Pegawai Eksekutif Spad Mohd Nur Kamal berkata proses meluruskan dibuat kerana landasan asal akan memotong sebidang tanah menjadi dua bahagian yang tidak dapat dicantumkan mengakibatkan beban kerajaan membayar ganti rugi besar di atas kehilangan potensi ekonomi tanah berkenaan.