KUALA LUMPUR - Penerbit filem, David Teo merupakan penerbit pertama yang akan dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) pada suatu majlis di Setapak di sini pagi esok.
Penerbit syarikat produksi MIG Production itu antara lain dikatakan mendapat anugerah tersebut kerana inisiatifnya menerbitkan filem berjudul Senario Ops Pocot yang mengisahkan tentang perjuangan anggota RELA.
