Showing posts with label nurul ajai. Show all posts
Showing posts with label nurul ajai. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Ajai Nafi Bakal Terima Gelaran Dato'


PETALING JAYA: Komposer Ajai menyifatkan gosip kononnya dia akan mendapat darjah kebesaran bergelar Datuk dalam waktu terdekat merupakan khabar angin yang mengarut.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 36, berkata, gosip tersebut benar-benar membuatkan dia dan isterinya, Norliza Ilyas, terkejut, apatah lagi dia tidak pernah menerima apa-apa surat bagi memaklumkan hal berkenaan.

Wednesday, June 6, 2012

Pernikahan Nurul, Eric Depp dihadiri pelbagai bangsa (17 FOTO)


Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) telah sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini hari ini (Rabu 6 Jun 2012). Menamatkan status ibu tunggalnya selama 6 tahun, akhirnya jodohnya bertemu juga.

Monday, June 4, 2012

Esok Nurul Wahab Nikah Dalam 3 Bahasa

Saat ini, pastinya hati insan bernama Nurul Huda Abdul Wahab atau mesra disapa Nurul, 35, sedang berbunga-bunga, gembira bercampur gementar (MD dah macam tukang tilik la pulak...), menanti detik bahagia. Kurang lebih, 24 jam saja lagi penyanyi hitam manis ini bakal menamatkan status ibu tunggal yang telah dipegang selama enam tahun.

Friday, May 11, 2012

Perkahwinan Nurul, Eric dapat tajaan (VIDEO)


KUALA LUMPUR 11 Mei - Majlis perkahwinan penyanyi, pelakon dan pengacara, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dengan jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47, ditaja oleh dua pereka fesyen terkenal tanah air, Bon Zainal dan Rizman Ruzaini.

Bon Zainal mereka dua pasang suit untuk dipakai oleh pengantin lelaki, manakala Rizman pula, mereka baju pengantin Nurul.

Wednesday, May 9, 2012

Nurul Larang Ajai Hadir Ke Majlis Nikahnya (7 GAMBAR)


Bakal menamatkan zaman solo pada 6 Jun ini, penyanyi hitam manis, Noorulhuda Abd Wahab, 35, atau Nurul Wahab bagaimanapun tidak bercadang untuk mengundang bekas suaminya Ajai ke majlis bersejarah berkenaan.

Bercakap kepada pihak media sempena sidang media sempena pelancaran album mini terbarunya d Dutches Place, Jalan Ampang di sini, petang tadi, Nurul Wahab berkata langkah itu diambil sebagai menunjukan bahawa dia sudah melupakan bayangan perkahwinan bersama komposer terkenal berkenaan lebih lima tahun lalu selain meneruskan hidup baru.

Tuesday, January 10, 2012

Ajai Berang Dengan Isu Bergambar Dengan Bukan Isteri


KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai menganggap, penyebaran foto yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita bukanlah satu perkara yang memerlukan dia untuk melatah.

Ujar Ajai, dia merasakan gambar tersebut tidak menggambarkan perlakuan negatifnya ataupun dapat menjatuhkan reputasinya sebagai seorang komposer.

Thursday, November 17, 2011

Nurul (Janda Ajai) Berkahwin Di Pulau?


Kebelakangan ini ramai betul selebriti yang mendirikan rumah tangga. Dari seorang ke seorang. Nampaknya Murai Batu jugalah yang terlopong sebab sampai sekarang tak ada si dia untuk mengisi kekosongan ini.

Cewah berjiwa malankolik pula Murai Batu hari ini. Campak ke laut nanti baru tahu.