Sebut sahaja lagu-lagu seperti She Will Be Loved, This Love dan Moves Like Jagger, pasti anda terbayangkan betapa seksinya vokalis Maroon 5, Adam Levine mengalunkan kesemua lagu tersebut. Bersempena promosi album terbaru mereka, Overexposed, pada September ini, atas nama Maroon 5 Live In Malaysia, band Pop Rock band dari Los Angeles, California ni kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajah Asia mereka di sini.
