Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

FGV: Peneroka dapat 800 unit tapi Isa Samad dapat 180,000 Unit


Sekali lagi kita melihat pemimpin UMNO juga yang memperolehi untung dalam apa jua tindakan yang Najib atau pemimpin UMNO/BN ini lakukan..

Dalam hal penyenaraian Felda ini.. Peneroka yang tergadai tanahnya hanya diberikan 800 unit saham.. tapi Isa Samad yang tiba-tiba dilantik sebagai Pengerusi Felda oleh Najib memperolehi untung yang besar...

Monday, May 14, 2012

Peneroka kutuk kerajaan dicabar keluar FELDA

Azalina (tengah) ketika menyampaikan replika cek kepada wakil peneroka
sempena Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di Dewan Felda Sening, semalam.
KOTA TINGGI – Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Tuesday, May 8, 2012

Anak Peneroka: 'Durian runtuh' helah politik Najib


SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.

Wednesday, December 21, 2011

Felda minat bida QSR, KFCH


KUALA LUMPUR 20 Dis. — Felda dikatakan antara pihak menimbang untuk membida bagi KFC Holdings Bhd. (KFCH) dan QSR Brands Bhd. sekiranya Johor Corporation (JCorp) menawarkan kepentingannya, demikian menurut sumber industri hari ini.

Bagaimanapun, Felda masih belum membentangkan tawaran itu dan merancang untuk berbincang dengan JCorp berhubung cadangan tersebut, kata sumber itu sebagai respons kepada langkah JCorp mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti kedua-dua entiti tersebut melalui usaha sama dengan dana ekuiti swasta, CVC Capital Partners Asia Pacific (CVC) baru-baru ini.

Tuesday, December 13, 2011

Peneroka demo depan FELDA bantah pecat pengarah besar (4 GAMBAR)


Sekumpulan 50 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat lembaga berkenaan untuk menuntut supaya pengarah besarnya, Datuk Zulkifli Wahab dikekalkan jawatannya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang mengetuai kumpulan itu berkata, "penyingkiran" Zulkifli merupakan satu penghinaan kepada ketua eksekutif berkenaan.

Monday, December 12, 2011

Siapa dalang singkir Pgh Besar FELDA, demo esok (3 GAMBAR)


Terdapat usaha menyingkirkan Pengarah Besar Felda Datuk Zulkifli Wahab dengan mengarahkan beliau bercuti untuk melanjutkan pelajaran, dakwa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NGO yang lantang dan konsiten mengkitik pentadbiran Felda itu mendakwa, usaha secara halus itu ekoran apa yang digambarkan sebagai ‘kemelut dalaman’ agensi kerajaan itu.

Wednesday, November 30, 2011

Kenapa Isa Samad maki Ketua Peneroka Felda di khalayak (VIDEO)


Pengerusi Felda memaki hamun Ketua Peneroka Felda (Pak Sam) secara terbuka dan memperlekehkan Jawatankuasa Perunding Peneroka (Pemimpin Peneroka)



Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda.

Monday, October 10, 2011

Isa didakwa tak layak ketuai koperasi Felda


Pelantikan Isa Samad baru-baru ini sebagai ketua Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) adalah tidak sah kerana beliau tidak layak untuk menjadi ahli dalam persatuan itu, kata setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution.