Showing posts with label dr. asri. Show all posts
Showing posts with label dr. asri. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Dr Asri puji Ning Baizura tarik diri konsert syarikat arak



TINDAKAN penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Wednesday, May 16, 2012

Dr Asri kini bergelar Dato'


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Thursday, December 1, 2011

Asri nafi sertai Umno, mahu kekal ‘pemerhati luar’


KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk Umno buat masa sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kehadirannya pada Perhimpunan Agung Tahunan 2011 yang berlangsung sekarang hanyalah sebagai tetamu jemputan dan tidak harus dilihat sudah pun memutuskan untuk menyertai Umno.

Sunday, October 30, 2011

Dr Asri melampau tuduh Pemuda PAS Taliban

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Thursday, October 20, 2011

Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun : Dr Asri


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS)  menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai “satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.”

“Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.