Showing posts with label chef riz. Show all posts
Showing posts with label chef riz. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Chef Riz: Masa depan peserta Masterchef terjamin (GAMBAR)


CHEF RIZ meminta agar audiens tidak terlalu emosi apabila peserta disingkirkan kerana masa depan mereka tetap cerah.

PROGRAM realiti masakan terkenal Masterchef yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) kini hanya tinggal 8 orang peserta bagi merebut gelaran juara Masterchef sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta menerbitkan buku masakan sendiri.

Monday, December 19, 2011

Ana Dahlia Sudah Pandai Control Chef Riz (13 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2011: Usia perkahwinan mereka baru masuk seminggu, tapi pelakon Ana Dahlia nampaknya sudah pandai mengawal suaminya, Chef Riz yang juga merupakan juri MasterChef Malaysia.

Jangan salah faham, kawal atau control yang dimaksudkan di sini bukanlah queen control sebaliknya Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 28 sudah mula menguruskan jadual kerjaya suaminya supaya tampak lebih kemas dan tersusun.

Saturday, December 17, 2011

Serina Tak Sabar Menanti Kelahiran Isabelle


KUALA LUMPUR, 16 DISEMBER 2011: Lihat sajalah kemesraan antara pelakon dan pengacara popular Serina Redzuawan dengan buah hati pengarang jantungnya, Tristan Tareef yang telah memasuki usia satu tahun tiga bulan.

Wajah kacukan Tristan, hasil perkahwinan Serina dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar ini mungkin sekali lagi akan dapat dilihat apabila bekas pengacara Jalan- Jalan Cari Makan itu melahirkan bayi perempuan mereka dalam masa terdekat.

Sunday, December 11, 2011

Chef Riz dan Ana Dahlia Selamat Disatukan (24 GAMBAR)


TAIPING, 11 DISEMBER 2011: Juri MasterChef Malaysia, Chef Mohd Nadzri Redzuawan,28 atau Chef Riz telah selamat disatukan dengan pelakon drama, Diyana Mastura Jaafar atau Ana Dahlia,29 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Batu 8, Changkat Jering di sini sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Kadi Batu Lapan Bendang Siang, Taiping, Ustaz Haji Nawi Osman, dengan mas kahwin RM1,001 dan hantaran berjumlah RM20,000.

Monday, December 5, 2011

Dalang yang kenakan Chef Riz dikenalpasti ?


KUALA LUMPUR – Antara kisah yang paling menarik sepanjang minggu lalu pastinya melibatkan anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang kantoi menipu resume dirinya untuk menjadi salah seorang juri dalam program Masterchef Malaysia.

Takda angin takda ribut namun secara tiba-tiba kelayakan diri dan pengalaman kerja Chef Riz terbongkar.

Thursday, November 10, 2011

Chef Riz kesal tipu resume & minta maaf (3 GAMBAR & RESUME TIPU)


“Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya ingin memohon maaf kepada semua terutamanya kepada penonton program MasterChef  Malaysia. Saya mengaku memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan saya sebelum ini. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal  dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan. Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka.

Memalukan saya - Chef Wan (GAMBAR)



KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Wednesday, November 9, 2011

Chef Wan : 'Padan muka' Chef Riz kerana tipu resume dlm Masterchef Malaysia


Chef Riz dilanda kritikan pelbagai pihak apabila laman Malaysian Insider telah mengeluarkan fakta mengenai pengalaman & kelayakan Chef Riz yang dipaparkan melalui artikel bertajuk “Did Chef Wan’s son cook up his CV for MasterChef Malaysia?” hasil tulisan Debra Chong, semalam.

Berikutan daripada itu, bapanya, Chef Wan menegur Chef Riz melalui kenyataan terbuka di laman Facebook, sekitar 1 jam lepas.

Saturday, October 1, 2011

Datuk Chef Wan Pinang Ana Dahlia 5 Oktober ini

DATUK Mohd. Redzuawan Ismail atau Chef Wan bakal ke Taiping, Perak untuk meminang pelakon Ana Dahlia bagi pihak anak lelakinya, Mohd. Nadzri pada 5 Oktober ini.


Rombongan seramai 15 orang itu turut melibatkan bekas isterinya, Norhayati Ayob yang mahu berkongsi momen istimewa anak lelaki tunggal mereka.

Thursday, September 29, 2011

Chef Riz, Ana Dahlia Bertunang 5 Oktober Depan


PETALING JAYA: Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.
Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.

Wednesday, August 17, 2011

Nikah : Chef Wan Mahu Nazri Tidak Terburu-Buru


PETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk mendirikan rumah tangga.