Nampaknya ramai pihak termasuk orang dalam industri kecewa dengan keputusan pelakon Que Haidar yang mahu menamatkan kerjayanya sebagai pelakon ketika dunia hiburan ketandusan pelakon berbakat sepertinya.
Dalam ramai-ramai yang rasa kecewa,Murai Batu adalah salah seorang daripadanya.
Mananya taknya, di saat nama Que Haidar baru mekar dalam industri hiburan, tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier lakonannya atau dengan kata lain mahu berhenti.

