Ketika ini, ramai yang mungkin sudah tidak sabar untuk menonton drama bersiri Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 di saluran Mustika HD (saluran 134).
KETAWA menjadi teman setia pelakon muda, Tiz Zaqyah dalam banyak bicaranya. Barangkali dia senang begitu untuk menutup rasa malu dan menyembunyikan perasaan kekok setiap kali ditemu bual.
Berulang kali juga dia menekankan dia masih baru dalam bidang lakonan.