Insiden peserta Super Spontan (SS) dari kumpulan Angsa Ganas iaitu Suhaimi Yusof yang telah menendang perut hos SS, Adibah Noor pada mingu ke empat lalu telah menjadi topik hangat dan perhatian penonton.
Lebih teruk lagi, angkara perilaku kurang sopan Suhaimi itu sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan segelintir penonton setia SS yang menganggap tindakan berkenaan sebagai satu gurauan kasar.

