Showing posts with label Syella Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Syella Kamaruddin. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Musa Hassan lapor polis demi maruah


KUALA LUMPUR 13 Dis. - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Saturday, December 3, 2011

Jalaluddin : Memalukan keluarga ! minta abangnya Musa Hassan ambil tindakan


Memalukan dan mengecewakan! Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini. 

“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.

'Itu bukan saya' : Musa Hassan nafi berkahwin dengan penyanyi Syella (3 GAMBAR)


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Friday, December 2, 2011

Syella menafikan Tan Sri Musa Hassan itu suaminya


KUALA LUMPUR: “Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya,” kata penyanyi, Syella mengenai kontroversi lelaki dinikahinya baru-baru ini.

Pada masa sama, Syella atau nama sebenarnya Nur Shid’la Ahmad Kamarudin meminta kehidupannya tidak diganggu dan dia juga tidak bercadang memberitahu siapa suaminya.

Monday, November 21, 2011

“Bukan Mini Cooper, Tapi Audi R8″ – Syella Kamaruddin Respon Perkahwinan RM15 Juta (15 GAMBAR)


Rakan media, Gua Malaysia melaporkan satu perkara yang menjadi perhatian OHBULAN! berkenaan perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak. Syella Kamarudin mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta, namun menafikan hantaran kereta Mini Cooper seperti yang dipaparkan dalam artikel OHBULAN! tempoh hari.

Monday, November 14, 2011

Syella Kamaruddin Kahwini VVIP Terima Hantaran Banglo RM5 Juta? (9 GAMBAR)


Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. Bagaimanapun, OHBULAN! menerima berita eksklusif daripada seorang sumber yang dipercayai mengenai kehidupan peribadi pelontar lagu ‘Menangis Dalam Hujan’.