Showing posts with label OctTwtFest. Show all posts
Showing posts with label OctTwtFest. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Check-In #OctTwtFest Pecah Rekod Dunia, termasuk KJ, Nurul Izzah, Lisa Surihani, Aznil (64 GAMBAR)




Berlangsung di ibu pejabat DiGi Telecommunications Sdn. Bhd yang terletak di Shah Alam, perhimpunan October Tweet Festival (OctTwtFest) berjaya memecahkan rekod dunia Guinness dengan mengumpul jumlah “check-in” paling ramai dalam satu acara Tweetup, sebuah acara yang menghubungkan pengguna Twitter.

Tuesday, October 18, 2011

#OctTwtFest Mahu Himpun Pengguna Twitter Malaysia


Jika tahun lalu acara itu berlangsung pada 23 Oktober 2010, tahun ini sekumpulan anak muda menjadikan acara itu sebagai acara yang perlu diteruskan. Tahun ini acara #OctTwtFest bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Oktober ini.

Acara #OctTwtFest itu bertujuan mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 1,500 pengguna Twitter untuk berhimpun di satu lokasi. Tahun ini, pengguna Twitter tempatan bakal berhimpun di Ibu Pejabat DiGi Telecommunications Sdn. Bhd yang bertempat di Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam.