![]() |
| Selebriti tempatan iaitu penyampai radio, Nana, Fara Fauzana dan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza bersama Christine Fellowes pada majlis pelancaran High Heeled Warriors, di Kuala Lumpur baru-baru ini. |
KAJIAN yang dilakukan oleh Universal Networks International bersama rakan penyelidik Synovate terhadap wanita Malaysia mendapati terdapat 10 ciri menarik yang dimiliki oleh mereka.
Kajian unik psikografik yang dinamakan High Heeled Warriors mengenai wanita di Asia Tenggara ini mendapati, wanita Malaysia berpendidikan tinggi, bercita-cita besar, ingin berjaya , berkerjaya dan berdikari daripada segi kewangan.


