Evanescene Live In Malaysia akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, KL pada hari Khamis, 23 Februari bermula 8:30pm dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions. Album mereka, Fallen, yang hit dengan lagu “Bring Me To Life” dan “My Immortal”, telah terjual lebih 17 juta cetakan seluruh dunia, sekaligus merangkul 2 anugerah Grammy. Manakala, abum studio ketiga, pernah mencatatkan kedudukan #1 di carta Billboard 200 pada tahun 2011.