Showing posts with label Amanda Imani. Show all posts
Showing posts with label Amanda Imani. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Amanda Imani Mengaku Dia Bukan Perampas


KUALA LUMPUR, 20 DISEMBER 2011: Pulang saja dari China semalam, penyanyi bertubuh seksi Amanda Imani telah melayangkan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada portal murai.com.my untuk bertanyakan kiriman email yang dijanjikan buatnya.

Namun ketika dihubungi sebaik saja menerima SMS darinya itu, Amanda Imani meminta maaf dan mengakui agak sukar untuknya berkomunikasi apatah lagi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sama sekali diharamkan oleh kerajaan di sana.

Thursday, October 13, 2011

Amanda Imani : Saya Tak Hipokrit! (13 GAMBAR)


Penyanyi muda ini pernah memenangi beberapa anugerah seperti Vokal Terbaik Bagi Artis Baru Wanita di Anugerah Planet Muzik 2011, Bakat Muda Terbaik di World Association of Festivals & Artists 2011 dan Lagu Terbaik pada 20th International Muzic Festival Discovery 2011 di Bulgaria. Namun, entah di mana silapnya, pemilik nama Amanda Imani ini tidak begitu menonjol dalam industri seni tempatan.



Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini nama Amanda Imani mula menjadi bualan di bibir penggemar industri seni apabila penyanyi berusia 19 tahun ini tampil dengan pakaian seksi di majlis resepsi Memey dan Norman. Ekoran kisah tersebut, penyanyi ini menerima banyak hentaman dan kritikan.