Johor berada di tangga ketiga selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila mencatatkan 52,946 transaksi hartanah melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM17.1 juta tahun lalu.
"Setiap hari, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menerima antara 800 hingga 1,000 penyerahan dokumen permohonan tanah untuk didaftarkan.
"Dalam tempoh sembilan tahun ini, PTG berjaya mentransformasikan cara berurusan dengan lebih efisien dan sistematik. Sebagai contoh, kaunter segera pendaftaran PTG telah 'dijual' idea pelaksanaannya ke beberapa negeri yang membawa kepada pendaftaran pindah milik hanya dalam tempoh sehari bekerja," katanya semasa merasmikan Seminar Hartanah Johor 2012, di sini semalam.
Teks ucapannya dibaca oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Jamak Johan.
Obet tidak menolak kemungkinan dalam jangka waktu terdekat, proses itu boleh disiapkan dalam masa sejam dan kemudiannya dalam masa hanya 10 minit.
"Antara cabaran utama adalah harapan yang amat tinggi terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Oleh itu, saya kerap mengingatkan pegawai dan kakitangan di jabatan pentadbiran tanah supaya sentiasa menganggap mereka sebagai pemudah cara kepada pihak swasta dan orang awam.
"Dengan adanya tanggapan seumpama itu, maka kerja dapat dilakukan dengan lebih lancar dan terancang kerana setiap yang terlibat dalam urusan berkaitan adalah sebagai perunding dan penyelesai masalah serta lebih senang didekati tanpa mengira status," katanya.
Beliau memberitahu, sepanjang lima tahun kebelakangan ini kerajaan negeri telah meluluskan permohonan pembangunan hartanah melebihi 10,222 hektar.
No comments:
Post a Comment