Sunday, July 22, 2012

Harussani kata Haram Tazkirah Politik Masa Tarawih

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram. 
Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini. 
Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.
"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini. 
Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.
"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.-PERAKNEWS-


Kata mufti perak ;

Berpolitik di masjid = mengeji, menfitnah dan etc.

Sebenarnya aku tak salahkan mufti perak berpersepsi begitu. Walaupun ia bukan fakta tetapi mostly pemain2 politik memang bersikap begitu. Banyak di kalangan umno.  Cuma aku pelik pasai pa dia khususkan untuk bulan ramadhan jek?

Apa politik yang menfitnah, mengeji dan plus2 tak wujudkah dibulan lain der? Aku rasa wujud bahkan lebih teruk lagi.

Dan bagaimana pula dengan berpolitik yang tak mengeji, menfitnah dan sebagainya? Takan hukum dia haram juga? Adakah haram kerana lokasi? Bulan ramadhan? Ataupun perbuatan? Korang tak rasa pelik ka beb?

Tak semestinya bila kita berpolitik, kita mengeji oke. Then bab tazkirah. Aku seboleh2 takmo syak wasangka tetapi aku rasa ini ada kaitan dengan isu TGNA menjadi imam masjid = beri tazkirah baru2 neh. Tak silap aku lokasi selangor kot. Aku lupa tempatnya. Maybe rakan2 boleh ingatkan aku selepas neh.

Dari apa yang aku tahu, TGNA tak citer pun pasal politik bila bagi tazkirah di masjid ketika itu. Aku ada baca di wall rakan fb dan menurut dia, memang TGNA langsung tak berpolitik pun. Kemon, jangan lah nak bersikap bias hanya semata2 dia TGNA = dari parti PAS.

Aku  bukan apa. Aku dah muak tengok kelakuan sesetengah mufti dan orang2 yang arif agama bersikap terpilih dalam melaksanakan hukum agama. Siyes. Bukan kita tak hormat mufti2 oke. Kita hormat jek. Tapi kenapa ek bila ia membabitkan pembangkang ko lajuu je nak komplain apa seme tapi bila ia membabitkan majalah mangga playboy, haram sampai ke sudah takde respon. Apa hal?

Sekali lagi ko bakal diketuk je lah weh mufti perak. Walaupun aku tak sokong kata2 kasar dan biadap ke atas batang tubuh ko tetapi tengoklah apa yang telah ko buat sendiri. Ko marah umat islam bertelagah, bertengkar tapi apa yang ko sendiri buat ialah menjurus kepada pertengkaran dan bertelagahan. 

Macam lah ada bukti pun penyokong2 pr membawa politik kepartian dalam masjid di bulan ramadhan sampai bersegera keluar hukum. Walhal tiap2 tahun, bahkan tiap2 masa, umno dan bn sendiri menggunakan masjid sebagai gelangang politik tak kira bulan apa pun, sapa pun tak pernah keluarkan apa2 fatwa.. tapi bila TGNA [dipercayai] jek.. alahai.. cukup la. Takde faedah benci TGNA tue. Kalau ko orang islam, patut berlapang dada jika TGNA jadi imam kat mana2 masjid, bukan halang bukan juga keluarkan hukum melulu. 

Kemon, jangan terlalu menunduk kepada bn larh weh. Ada masa2nya pr salah, dan bn betul. Ada masa2nya bn salah, dan pr betul. Ada masa2nya bn dan pr sama2 bersalah. Ada juga masa2nya bn dan pr sama2 betul. Tapi bukan setiap masa bn jek betul beb. Takan yang tue pun mufti perak tak faham2 lagi?

No comments:

Post a Comment