Sunday, July 22, 2012

Ashraff Muslim Kembali DiProgram Keislaman TV9


Menyandang gelaran pengacara buat pertamakalinya dalam ‘Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim’ akan ditayangkan setiap hari sepanjang Ramadan (10.59 pagi dan 7.59 pagi) sekali gus dapat berkongsi ilmu agama dengan penonton di TV9.

Untuk pengatahuan anda, Ashraf Muslim sekarang sedang menjalankan perniagaan mengubat orang di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak sebuah pusat perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Oleh itu sangatlah bertepatan Ashraf dipilih untuk mengendalikan program ini yang berkongsi doa-doa untuk penyakit tertentu.

Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, berasa gembira apabila pelakon itu sudi memberi kerjasama mengendalikan program ini.

“Memandangkan Ashraf menjalani perniagaan mengubat orang di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, program ini ternyata begitu sesuai untuknya untuk berkongsi ilmu kepada para penonton yang mungkin kurang arif tentang doa-doa bagi penyakit tertentu. Sebagai contoh, Ashraf akan berkongsi doa bagi menghalang daripada gangguan makhluk halus, menambah rezeki, mendapatkan anak yang baik, menambah keyakinan dan sebagainya.

Saya percaya, peminat-peminat yang merindui kemunculan Ashraf di televisyen pasti akan menunggu program ini,” katanya pada pelancaran barisan program-program menarik TV9 bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.”




Selain Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim, TV9 turut memaparkan dua lagi program baru iaitu Umrah Kita yang akan disiarkan setiap Isnin (11 malam) dan Al-Quran Menjawab Bersama Dr Zainal Abidin (Rabu dan Khamis, 6.30 petang).

Umrah Kita dikendalikan oleh tiga selebriti muda iaitu Aizat Amdan, Noh (Hujan) dan Altimet. Program itu akan memaparkan ketiga-tiga mereka mengerjakan umrah bersama-sama.

“Umrah Kita juga adalah program yang berbeza daripada biasa di mana ia memberi semangat kepada golongan remaja untuk menjalani ibadah tersebut di usia muda. Lebih menarik lagi, kami ingin tonjolkan bahawa selain beribadat, kita juga boleh menjalani pelbagai aktiviti seperti menaiki ATV (All-Terrain-Vehicle), bermain futsal dan melihat keindahan persekitaran tanah suci Mekah dan Madinah,” ujar Sherina.

Selain tiga program baru itu, program lain seperti Mencari Resipi Temurun (Isnin dan Selasa, 6.30 petang), Jom Berbuka (Sabtu dan Ahad, 6.30 petang), Tanyalah Ustaz (setiap hari, 7 pagi), Tanyalah Ustazah (Jumaat, 11.30 pagi) dan Siaran Langsung Tarawikh Dari Masjidil Haram (Setiap hari, 2 pagi).

Seronok dan bersyukur apabila lebih banyak program-program bercirikan Islam terus diperbaharui penampilannya supaya lebih searus dengan pemodenan semasa dan dapat menarik golongan belia turut sama menontonnya.



No comments:

Post a Comment