Sunday, July 29, 2012

Gimnas Uzbek, Galiulina digantung sementara


LONDON - Gimnas wanita Uzbekistan, Luiza Galiulina (gambar) digantung sementara penyertaannya pada Sukan Olimpik 2012.

Ini kerana Galiulina, 20, telah diuji positif dadah jenis diuretic furosemide.

Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam, Galiulina telah menjalani ujian air kencing pada 25 Julai lalu iaitu empat hari sebelum acara gimnastik artistik membuka tirainya di Arena Greenwich Utara, London.

"Apabila keputusan air kencing sampel B telah diperoleh, keputusan penuh berhubung perkara tersebut akan diumumkan oleh Jawatankuasa Disiplin IOC," lapor kenyataan yang dikeluarkan IOC semalam.

Kelmarin, atlet angkat berat Albania, Hysen Pulaku menjadi peserta pertama yang disingkirkan daripada Sukan Olimpik 2012 selepas didapati positif steroid anabolik.

Kesalahan itu bakal menyebabkan Pulaku digantung selama dua tahun oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa. - AFP



No comments:

Post a Comment