Kedatangan bulan Ramadhan ini buat para selebriti merupakan antara waktu yang mereka nantikan. Di samping menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan berniaga di bazar Ramadhan. Peluang itu diambil Farhan, bintang kelahiran Akademi Fantasia untuk turut sama menambah pendapatan Ramadhan ini.
“ Biskut raya yang Farhan jual di sini semuanya homemade. Antara kuih yang Farhan buat ialah biskut Makmur, biskut Mazola dan macam-macam lagi. Farhan dah mulakan perniagaan ini sejak 4 tahun lepas. Ramadhan lepas Farhan berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman “, ujar Farhan.
Menyentuh tentang cerita cintanya bersama buah hati tersayang, Rashdan ini kali pertama Farhan berpuasa dengan ikatan pertunangan yang berlangsung Februari lalu. Menurut Farhan, beliau gembira kerana Rashdan sentiasa menyokong karier seninya. Tambah Farhan lagi, tunangnya itu turut setia menemani beliau berniaga di bazar.
GUA sempat bertanyakan Farhan tentang tarikh pernikahannya dengan jejaka berusia 28 tahun itu.
“ Setakat ni tak ada tarikh yang ditetapkan lagi. Insya-Allah, pertengahan tahun depan kalau diizinkan Tuhan. “, ujar Farhan yang khabarnya memilih rona coklat untuk digayakan bersama tunangnya raya nanti.
Farhan juga dalam masa yang sama turut memenuhi undangan ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Sepanjang Ramadhan ini, Farhan mengakui akan lebih meluangkan masanya di bazar bagi menguruskan perniagaan Farhan Cookies tersebut. Kesempatan ini juga kata Farhan menjadi wahana terbaik buatnya mendekati peminatnya dengan lebih dekat.
Buat semua peminat Farhan, anda semua bolehlah berkunjung ke gerai Farhan yang terletak di Bazar Ramadhan Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Biskut hasil air tangan Farhan ini boleh didapati dengan harga berpatutan. Selain itu, gerai Farhan turut menjual kemeja T berjenama yang menarik buat dipakai lebaran nanti.
No comments:
Post a Comment