Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz atau nama sebenar Mohammad Aliff bin Aziz akui sudah melupakan Zarina Anjoulie selepas peristiwa dia bersama Zarina dilihat mesra berpelukan di dalam sebuah kereta.
Apabila ditanya mengenai peristiwa hitam itu, Aliff dengan pantas memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi imbas kembali sejarah itu bersama Zarina, tambahnya, lagi dia tidak mahu memberikan sebarang komen kerana merasakan perkara itu sudah pun lepas.
Ujar penyanyi yang berusia 21 tahun ini, dia lebih selesa jika sekarang mahu bercerita mengenai perkembangan terbarunya di dalam industri muzik kerana merasakan ada hati yang perlu dijaga.
Dia yang pernah menghilangkan diri selama lebih kurang 2 tahun selepas kontroversi yang melanda tidak mahu lagi dikaitkan dengan publisiti murahan dan dikatakan sengaja mencipta kontroversi untuk menaikkan namanya disini.
“Saya kini sedang sibuk dengan promosi single terbaru saya bejudul “Tolong Jangan Ganggu Pacarku” yang masih mendapat permintaan ramai di carta radio tempatan, selain daripada itu saya kini sedang sibuk dengan pengambaran telefilem untuk Astro terbitan NSK Production berjudul “Tiara 2”dan ada juga beberapa telefilem yang kini sedang ditayangkan di RTM.
“ Walaupun ada yang mengkritik lirik lagu “Tolong Jangan Ganggu Pacarku” agak kebudak-budakkan, Aliff memberitahu bahawa penerimaan terhadap muzik dan lagunya buat masa ini positif.
“Buat masa ini semuanya cakap suka, tapi ada yang kritik lagu ini berunsur kebudak-budakkan dan mengatakan tidak sesuai di pasarkan di Malaysia. Namun apa yang terjadi lain, ramai yang masih menggemari lagu ini sehingga terbawa-bawa kerana lirik dan lagunya yang ringkas serta menghiburkan.”
“Saya hargai sokongan yang tidak henti-henti diterima di sini dan sememangnya peminat saya di sini lebih ramai berbanding Singapura.”
Dalam pada masa yang sama, Aliff sempat berkongsi perasaannya yang kini masih bersama kekasih iaitu Anne Ngasri. Dia memberitahu bahawa kekasihnya itu adalah seorang yang sangat menyokong kerjaya seninya dan gembira kerana memiliki Anne di sisi.
“I’m happy to have her.. dia seorang yang sangat Supportive.” Ujarnya ketika ditemui minggu lalu.
Aliff turut memberitahu bakal beraya di rumah Anne untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
No comments:
Post a Comment