Sunday, April 8, 2012

Shaheizy Sam bersiap 3 jam tapi kalah ABPBH


Admin terjumpa gambar baju Shaheizy Sam untuk dipakai pada ABPBH 2011. 

Menurut Shaheizy Sam walauoun kalah sekurang-kurangnya beliau nampak segak.

Katanya “Kalah menang dalam ABPBH, beliau mengharapkan para peminatnya menerima segala kemungkinan yang akan berlaku.” -Shaheizy Sam

Anugerah Bintang Popular 2011 berlangsung semalam di Genting Highland dapat ditonton secara langsung oleh penonton di rumah melalui siaran TV3. Shaheizy Sam mengenakan sepasang suit lengkap serba hitam dengan tali leher silver & kemeja putih. Fabriknya agak lain sikit kerana Lords Tailor mengetengahkan fabrik corduroy dan sutera. Segak!

Harapan Shaheizy Sam untuk menang dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular berkecai apabila namanya tidak dipanggil langsung ketika penyampai mengumumkan Aaron Aziz sebagai pemenang. Berdasarkan perkembangan semasa ramai peminat memberitahu bahawa Sam popular mengikut musim sahaja iaitu semasa lakonannya dalam filem 'Adnan Sempit'. Tidak kurang juga yang menyuarakan rasa kasihan terhadap Sam kerana terpaksa bersiap mengenakan pakaian sut segak selama hampir 3 jam namun sekadar kehadirannya tidak lebih dari sekadar menjadi penonton sahaja.


Walaupun Shaheizy Sam tidak memenangi sebarang anugerah pada malam gemilang tersebut setidak-tidaknya pakaian dia tampak  menang pada pandangan peminat-peminat.  Jom kita layan gambar baju Shaheizy Sam








No comments:

Post a Comment