Tuesday, April 3, 2012

Lagu Cindai Siti Nurhaliza Bahasa Cina oleh Chien Bai Hui (VIDEO)


KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2012: Agak jarang sekali untuk melihat lagu Melayu dinyanyikan dengan dialihkan ke bahasa lain. Apatah lagi lagu Melayu berentak tradisional.

Namun, ianya tidak bagi lagu ciptaan Pak Ngah Suhaimi dan lirik Hairul Anuar menerusi lagu Cindai yang dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza.

Portal murai.com.my mendapat tahu lagu ini telah pun dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari China bernama Chien Bai Hui.

Tambah istimewa, penyanyi ini bukan saja menyanyikannya dalam bahasa Cina tetapi dia turut membuat muzik video istimewa untuk lagu berkenaan.

Apa yang penting, irama dan melodi lagu Cindai tidak berubah dan masih mengekalkan imej Malaysia.

No comments:

Post a Comment