Friday, March 30, 2012

Zizan bakal ditahan, galak remaja lari


KUALA LUMPUR, 30 MAC 2012: Pelawak dan penyanyi, Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak nafi lagu nyanyiannya bersama penyanyi, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff berjudul Bawa Aku Pergi telah menggalakkan remaja atau anak muda lari dari rumah.

Sebaliknya, Zizan memberitahu lagu yang dinyanyikan itu adalah sekadar hiburan untuk halwa telinga sahaja.

"Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah.

"Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan," katanya yang ditemui selepas prebiu filem Jangan Pandang-Pandang, kemarin.

Sebelum ini lagu tersebut telah dikritik teruk oleh beberapa blog kerana menggalakan remaja lari dari rumah berikutan terdapat banyak kes sebegitu sejak akhir-akhir ini.

Pada Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Dalam pada itu, Zizan berkata jika sebuah lagu boleh mempengaruhi pendengar kenapa tidak filem-filem yang menunujukan aksi negatif tidak dipersalahkan.

"Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik 'ku menunggumu seribu tahun' tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan llrik lagu ini.

"Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja," luahanya dengan kesal.

Bawa Aku Pergi merupakan karya sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).

Kaka adalah artis di bawah naungan Wire Fame Entertainemnt Sdn Bhd iaitu syarikat milik Zizan.

Berikut merupakan lirik lagu Bawa Aku Pergi:

bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti, bawa aku pergi

pacu laju lagi, malah kita, tak perlu kembali

tengah malam nanti, tolong jangan lupa, jangan mungkir janji, aku dah teruja

sudah cukup lama, aku tunggu saat ini, sejak kali terakhir kau hantar pulang

hidup sungguh sepi, tolong jangan bilang mama, tolong jangan bilang papa, malah jangan bilang teman karibmu

jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh

kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti, bawa aku pergi

pacu laju lagi, malah kita, tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng, sarung tangan hitam, atas muka ada topeng

hanya perlu siul, tidak tekan loceng, hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng

kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng, bawa bekal air muka cuci aib bopeng

lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng, lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga, tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua, sambil cari yeti kita boleh cari (what?)

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga, tinggal kemewahan cuba cara hidup purba

lari-lari baling bola salji depan gua, tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi, pacu laju-laju

kita lari dari realiti, bawa aku pergi

pacu laju lagi, malah kita

tak perlu kembali

bila kita pergi, apa kan berlaku, siapa kan peduli

siapa ambil tahu, hidup kita tempuh

untuk apa saja, tidak kira mana kembara membawa

kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh

kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi, pacu laju-laju

kita lari dari realiti, bawa aku pergi

pacu laju lagi, malah kita

tak perlu kembali

No comments:

Post a Comment