KUALA LUMPUR : Bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita hiburan tempatan pasti sudah mengetahui hubungan cinta antara penyanyi wanita terkenal, Yuna bersama pengacara yang kini galak menjinakkan diri dalam bidang lakonan iaitu Qushairi Razali atau lebih dikenali dengan Qi.
Mereka juga tidak pernah dilanda kontroversi apatah lagi masing-masing sibuk mengejar cita-cita masing-masing.
Berkesempatan bertemu Qi yang menemani Yuna ketika majlis pelancaran kolaborasi Yuna dan Samsung Malaysia untuk The Sparkle Project, memberi kesempatan portal murai.com.my menemuramah jejaka berkenaan yang setia menanti kekasihnya itu menghabiskan sesi fotografi.
Bertanyakan hala tuju hubungan cinta mereka, Qi dengan tenang menjawab persoalan yang diajukan kepadanya dan memberitahu mempunyai rancangan untuk berumahtangga.
"Tetapi jika diizinkanNya dalam setahun dua ini saya akan cari masa yang sesuai untuk meminang Yuna.
Hubungan yang terpisah beribu batu dan jarak masa yang jauh bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk terus berhubung.
Menurut Qi, paling kurang sehari sekali mereka akan berhubung tidak kiralah melalui panggilan telefon mahupun internet.
"Dugaan itu sudah semestinya. Apatah lagi masa tidak sama. Kadang-kadang saya baru balik kerja Yuna baru bangun tidur, tapi kemudahan sudah tersedia jadi kami gunakan untuk berhubung.
"Selalunya Skype menjadi medium kami berhubung dan tidak ketinggalan juga panggilan telefon.
"Paling tidak, dalam sehari mesti sekali bertanya khabar itu sudah cukup untuk melepas rindu.
"Saya tidak menggangap hubungan seperti ini susah kerana saya tahu Yuna berada di sana adalah untuk mengejar cita-cita yang diimpikan selama ini.
Qi yang juga bekas pemain drum kumpulan rock alternative OAG, memandang aktiviti seni Yuna dengan begitu positif dan merasakan ia perkembangan yang sihat setelah melihat karya yang terhasil punya kualiti yang tersendiri.
Qi yang sering dilihat menjadi pengemudi rancangan televisyen kini menunjukkan minat dalam bidang lakonan dan sibuk berlakon dalam telemovie dan siri televisyen yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment