KUALA LUMPUR : Sebagai salah seorang pengikut program lawak nombor satu di Malaysia iaitu Raja Lawak (RL), Murai Batu tidak menafikan bahawa jatuh bangun program itu terletak kepada pasangan pengacara mereka.
Lihat sajalah dari musim yang kedua sehingga musim yang terbaru, kebanyakan peminat lebih menunggu untuk melihat keletah Jozan berbanding peserta yang bertanding.
Jadi, tidak hairanlah andai kata RL berterusan untuk musim ke tujuh, nama Jozan selaku pengacara akan dikekalkan dengan bayaran gaji yang sangat tinggi.
Terlanjur Murai Batu menyentuh mengenai soal bayaran Jozan, Murai Batu terkesima selepas diberitahu sumber terdekat yang mendakwa Jozan sudah pandai demand dalam soal bayaran.
Murai Batu dengar cerita, Jozan telah meletakkan harga mereka sebanyak RM 50,000 hanya untuk persembahan dalam tempoh masa sejam.
Yalah, sedikit sebanyak ia akan menunjukan sifat kedua-dua figura itu yang sangat tamak.
Baik Johan mahu pun Zizan, kedua-duanya sangat lebat dengan tawaran pengacaraan, lakonan dan nyanyian.
Mungkin juga, selepas ini golongan yang berpedapatan rendah sama sekali tidak boleh menonton persembahan mereka kerana tidak mampu.
Apa yang penting, Murai Batu teringin sangat ingin berjumpa dengan Mak Jemah.
Rasa-rasanya Murai Batu boleh berkawan baik dengan dia. Betul tak Mak Jemah?
No comments:
Post a Comment