Mizz Nina ketika berada di Amerika Syarikat |
KUALA LUMPUR, 15 MAC 2012: Seorang demi seorang anak Malaysia mencipta nama diluar negara, dan kini giliran Mizz Nina pula mengembangkan sayapnya jauh merentasi pasifik ke Amerika Syarikat.
Kolaborasi di antara Mizz Nina dan Flo Rida tersebut, diterima baik oleh industri muzik di Amerika Syarikat. Flo Rida bukan nama baru dalam bidang muzik antarabangsa dan dia telah berjaya menyuntik elemen yang menjadi signaturenya ke dalam lagu Mizz Nina dan diterima baik oleh pendengar tempatan.
Dek kerana itu, isteri kepada vokalis Hujan, Noh, mengambil peluang mempromosikan singlenya di sana. Sepanjang sebulan di sana, jadual Mizz Nina padat dengan aktiviti mempromosikan single Takeover di seluruh stesen radio di Amerika Syarikat. Program tersebut telah dirakamkan oleh Kyanite TV dibawah judul Takeover yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada tahun ini.
Mizz Nina begitu teruja dengan penerimaan masyarakat di sana serta tidak dapat melupakan pengalaman sepanjang sebulan berada disana.
"Anda akan dapat melihat bagaimana saya menjelajah seluruh Amerika Syarikat. Sepanjang sebulan saya bertemu dengan deejay, pengarah muzik, wartawan dan eksekutif industri muzik yang memberikan sokongan penuh kepada saya.
Selain bersama beberapa orang penting muzik sepanjang Anugerah Grammy yang baru berlangsung Februari yang lalu, dia turut menjelajah ke beberapa buah negeri lain di Amerika Syarikat antaranya Houston, Atlanta, Chicago, Miami dan New York.
Di New York dia telah mendapat peluang menjadi hos bersama bagi episod khas MTV Iggy Show iaitu salah satu cabang MTV sebagai undangan di sekitar Time Square.
"Sebagai artis baru, amatlah penting untuk menjalinkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dengan individu yang betul dan saya gembira dapat mempelajari bagaimana mereka bekerja dan bagaimana penyanyi di sana mempromosikan muzik mereka.
"Dengan respon yang positi,f kini saya kembali untuk terus berkarya dan bersedia untuk melancarkan album terbaru pada Mei ini. Setiap saat saya di sana ternyata penuh bermakna," tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment