RAQIM (kiri) menyampaikan relika cek kepada Ezani di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, semalam. |
KUALA LUMPUR, 15 MAC 2012: Setelah berjaya mendapat sambutan, bagi program masakan pertama, MasterChef Malaysia, pihak Astro merancang untuk mengadakan sebuah program realiti yang sama melibatkan selebriti tempatan yang diberi nama MasterChef Selebriti.
"Semuanya masih dalam perancangan lagi dan saya tidak dapat memberitahu secara teliti mengenainya.
"Kami hanya merancang untuk mewujudkan program realiti pertama itu di Malaysia dalam tahun ini.
"Apa-apa pun nantikan sidang media yang akan kami adakan jika program itu benar-benar akan menjadi di Astro," katanya yang ditemui selepas majlis penyerahan cek kemenangan bernilai RM100 000 sumbangan Astro, di Restoran Bijan, petang semalam.
Astro Ria merupakan saluran televisyen pertama yang mengadakan program MasterChef Malaysia pertama dengan menampilkan Dr. Ezani atau Ezani Farhana Md. Monoto, 26, sebagai juara sulung.
"Siapa artisnya pun kami belum dapat pastikan lagi kerana masih dalam peringkat perancangan. Cuma saya boleh beritahu dalam belasan artis yang akan terlibat," tambahnya lagi.
Selain program MasterChef Selebriti tahun ini juga Astro bakal merancang untuk meneruskan program realiti MasterChef Malaysia bagi musim kedua.
Dalam pada itu, pihak pengurusan artis Astro juga telah merancang untuk menerbitkan sebuah program televisyen khas bercorak travelogue atau kembar untuk juara sulung MasterChef iaitu Ezani.
10 perkara mengenai Ezani Farhana
1. Sekiranya tidak menceburi bidang pergigian dan masakan, apakah bidang lain yang mungkin Ezani akan ceburi?
Jurugambar di bidang pelancongan dan makanan. Ini kerana ia paling ideal dengan kegemaran saya iaitu melancong, makan dan mengambil gambar.
2. Ciri-ciri lelaki idaman?
Tiada ciri-ciri khusus. Apabila sudah serasi dan bertemu jodoh si dia adalah lelaki idaman saya.
3. Siapakah tokoh terkenal tanah air yang Ezani ingin jumpa?
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
4. Ramai menyukai fesyen tudung Ezani kerana kemas dan menarik. Daripada mana Ezani belajar cara memakai tudung sebegitu?
Saya hanya mencuba dan nampak sesuai dengan bentuk wajah dan penampilan.
5. Lima perkara menggambarkan diri Ezani?
Tenang, mudah senyum, keras kepala, berdikari dan sedikit tomboy.
6. Makanan kegemaran dan mengapa?
Terlalu banyak kerana saya memang suka menikmati makanan.
7. Negara yang ingin dikunjungi?
Maghribi kerana saya ingin menikmati semua makanan yang ada di sana.
8. Apakah menu yang perlu ada dalam hidangan keluarga?
Sambal goreng Jawa.
9. Bilakah akan menamatkan zaman bujang?
Tidak berani meletakkan had usia kerana takut terlajak.
10. Dari mana datangnya nama zest?
Saya memang menggemari citrus zest iaitu kulit buah-buahan sitrus. Malah rakan-rakan dari Masterchef menggelar saya Zesty Zani kerana kecenderungan saya menggunakan sitrus dalam masakan ketika berada di dapur Masterchef.

No comments:
Post a Comment