Monday, December 5, 2011

Tiru Gaya Kak Eton, Kak Melah Atau Kak Gee di AJL?


Anda masih ingat lagi persembahan Aishah di Anugerah Juara Lagu 1990 menerusi lagu Janji Manismu? Aishah pada malam tersebut melakukan gimik dengan mengangkut beg pakaiannya di atas pentas tampil dalam sebuah persembahan penuh dramatik.

Pasti juga anda ingat persembahan Francesca Peter dengan lagu Sekadar Di Pinggiran pada AJL 1986. Lebih simple di atas pentas hanya berbaju kurung moden dan akhirnya muncul sebagai juara pertama AJL. Di susuli penampilan hebat Zaiton Sameon dengan gaun merah menyalanya yang membuatkan mata ramai penonton terpukau melihat persembahannya.

Siapa yang boleh lupa pada baju lampu berbentuk kunci yang dipakai oleh Ramlah Ram pada AJL 1988 dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu? Juga penampilan sulung Siti Nurhaliza di AJL 1996 menerusi lagu Jerat Percintaan yang turut menampilkan model lelaki dalam persembahannya. Yang orang tidak perasan, model lelaki itu ialah Anuar Zain.

Anda kini berpeluang untuk meniru gaya mereka yang muncul juara di AJL 1986 hingga 2010. Pilih, siapa yang ingin anda tiru. Sama ada Ana Raffali, Aizat, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Spider, Yassin, Siti Nurhaliza, M.Nasir, Aishah, Fauziah Latif, Nash, Search atau Zaiton Sameon.

Hadiah wang tunai RM5000 menanti anda serta peluang menyaksikan AJL26 secara langsung sebagai seorang VIP! Hantarkan video anda secara online dan hanya 10 peserta yang akan berjaya ke pusingan akhir dan rakyat Malaysia akan mengundi secara online siapakah yang layak dinobatkan sebagai pemenang!

Tarikh penyertaan dibuka mulai sekarang hingga 26 Disember ini. Peserta haruslah breaktif, berbakat dan menghiburkan.

Sila layari http://live.tv3.co