Monday, December 5, 2011

Populariti Nazmi Faiz Atasi Safee (GAMBAR)


POPULARITI diraih pemain tengah muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor bukan setakat di padang bola, malah mendapat perhatian di laman sosial.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati Fan Page Facebook Nazmi berjaya mengatasi Fan Page Facebook penyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali biarpun anak jati Lembah Keramat itu mula dikenali sejak penampilan pertama berdepan Thailand dalam saingan Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Setakat jam 8 malam semalam, jumlah peminat yang like Nazmi adalah sebanyak 93,825 berbanding 73,690 like diterima Safee.

Sementara itu, Fan Page Facebook penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat awal tahun ini sudah menjangkau 78,052 like.

Untuk info, Nazmi kini mewakili pasukan Harimau Muda B yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Malah, tahun 2011 memberikan saat manis buat Nazmi apabila memenangi pingat emas Sukan Sea Jakarta dan terbaru jaringan golnya sewaktu berdepan Bahrain pada kempen kelayakan Sukan Olimpik London 2012 diiktiraf sebagai gol ketujuh tercantik di dunia minggu lalu.

Sumber : Sinar Harian Online – Arena Bolasepak | Harimau Malaya