Monday, December 5, 2011

Bunkface di gam sbb guna perkataan 'reformasi'


ALAHAI stesen radio. Kalau kerana masalah besar atau serius mahu ambil tindakan tatatertib atau memulaukan artis boleh juga SS terima. Ini tidak, SS difahamkan hanya kerana satu ayat dalam lagu mereka artis berkenaan terus di ‘gam’.

Artis yang SS maksud ialah kumpulan popular, Bunkface menerusi lagu terbaru mereka berjudul Panik. Perkataan yang dimaksudkan ialah reformasi dalam lirik lagu yang dinyanyikan trio muda berkenaan. 
Walhal lagu yang berunsur nasihat dan mengisahkan masalah sosial masyarakat itu hanya menggunakan satu-satunya perkataan reformasi pada korus lagu berkenaan.

Tidak timbul langsung soal perkataan reformasi yang agak popular dan menjadi slogan pihak tertentu membawa maksud perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang baik dalam sistem sosial, politik dan kebudayaan masyarakat sebagaimana maksud dalam Kamus Dewan meniupkan unsur hasutan atau mendorong ke arah perkara yang tidak baik.

Apa kes? Takkan pengurusan stesen radio berkenaan tidak dapat membuat penilaian sewajarnya mengenai perkara ini. Apabila ada di antara wakil pengurusan artis berkenaan bertanya mengenai perkara itu, mulalah masing-masing menuding jari.

Alasan yang diberikan atas arahan pihak atasan. 

SS pelik juga apabila mendengar mengenai situasi begini. Pada hal lagu berkenaan cukup diminati ramai dan mempunyai makna tersendiri. Ada benar juga luahan salah seorang anggota band berkenaan jika perkataan yang digunakan tidak boleh dipakai oleh karyawan seni sepertinya ada baiknya perkataan itu dihapuskan terus. 

SS dimaklumkan sendiri anggota kumpulan berkenaan yang berasa tidak puas hati dengan tindakan stesen radio berkenaan. Di mana kebebasan dan hak seseorang karyawan seni sepertinya dalam berkarya. 

Malah, sebagai penulis lirik dan penyanyi, mereka juga tahu batasan dalam berkarya. Secara tidak langsung, tindakan seperti ini ibarat menyekat bakat seni golongan muda yang mempunyai idea dan pandangan tersendiri dalam berkarya.