"Dalam kes ini ada terlalu banyak proses buat keputusan di peringkat kabinet, di peringkat kementerian pertanian.
"Keputusan dibuat antara tahun 2006 hingga 2008 termasuk juga pinjaman RM250 juta, semua ini melibatkan kertas kabinet.
"Jadi soalan kami, berapa luaskan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jali dalam proses membuat keputusan itu?," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.
Tambahnya, kerajaan perlu menjelaskan sama ada Shahrizat turut terbabit dalam membuat keputusan untuk menganugerahkan projek berkenaan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diketuai suami menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Mohammad Salleh Ismail.