Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara mereka berdua. Begitulah hebatnya watak yang ditonjolkan oleh Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem "Ombak Rindu".
Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres "Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron. Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.
"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.
Filem romantik arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang.