Wednesday, November 23, 2011

Hans Isaac di ganggu dilokasi


Membawakan watak Indra, seorang abang yang agresif dan berperwatakan jahat ia sebenarnya watak yang dicari oleh pelakon kacak, Hans Isaac.

Teruja untuk membawakan watak itu dalam filem, Mesteri Jalan Lama yang diarahkan oleh sahabatnya, Afdlin Shauki dan bakal ditayangkan dipawagam pada 24 November ini, menurut Hans, dia terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk menjayakan watak ini dengan baik.

“Kali pertama Afdlin cerita mengenai watak Indra, saya sudah berminat. Watak ini sebenarnya watak Afdlin sendiri, tapi saya minta dia watak ini kerana saya suka dengan perwatakannya.

“Ini memang diri saya, bila saya tertarik dengan sesuatu watak, saya tidak segan untuk meminta pada pengarah.

“Banyak cabaran untuk menjayakan filem ini, saya terpaksa minum banyak air untuk kelihatan buncit dan selama dua bulan setengah saya tidak boleh bercukur jambang kerana tidak mahu lari dari konti lakonan.

“Namun yang paling mengecewakan, sepanjang sesi penggambaran, saya tidak boleh fokus terhadap lakonan kerana diganggu oleh seseorang.

“Orang itu bukan pelakon, tetapi dia ada kaitan dengan salah seorang pelakon di dalam filem ini. Dia sering datang ke lokasi mengganggu tugas kami, dan dia sangat member cabaran kepada saya.

“Kami terpaksa duduk berbincang, dan kemudiannya masalah itu dapat diselesaikan. Saya tidak ada masalah untuk berlakon dengan sesiapa, namun rasanya mereka sudah tidak berminat untuk berlakon dengan saya lagi selepas ini.

“Apa pun, saya berpuas hati dengan keseluruhan filem ini, ia tidak sama dengan kebanyakan filem yang lain,”jelas Hans Isaac yang turut menjayakan filem Langgar.