Thursday, November 24, 2011

Bunkface dalam 'Bukan Empat Mata' di Indonesia

DI DALAM SET BUKAN EMPAT MATA.
Kumpulan Bunkface masih dianggap baru di Indonesia. Namun kumpulan anak muda itu mula mendapat perhatian. Buktinya mereka sudah mendapat peluang muncul dalam program bual bicara popular, Bukan Empat Mata.

Sebelum ini hanya Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search yang diundang muncul dalam program kelolaan pengacara dan pelawak popular, Tukul Ariwana itu.

"Peluang ini sangat bermakna buat kami dan kami harap akan mendapat perhatian peminat di Indonesia. Kami sendiri rasa dihargai apabila dapat peluang muncul dalam program ini," kata penyanyi Bunkface, Sam.

Bukan Empat Mata sangat selektif dalam memilih tetamu undangan kerana terlalu ramai selebriti yang mahu mengintai peluang itu. Program yang menampilkan Bunkface akan disiarkan pada hari Jumaat ini (25 November) pukul 9.30 malam di saluran Trans 7.

Turut muncul dalam rakaman program yang sama ialah penyanyi popular Vina Panduvinata dan beberapa selebriti popular Indonesia lain.

Selain muncul sebagai tetamu program itu Bunkface juga berpeluang mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan satu gig mengumpulkan artis indie di Ancol.

Mereka mendapat tajaan penerbangan Air Asia serta Jamu Mak Dara sebagai penaja bersama yang membawa beberapa media meliput aktiviti Bunkface di sana.

Mereka juga sudah mengumpul peminat. Walaupun persembahan Bunkface di Hard Rock Cafe bertembung dengan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara Malaysia dan Indonesia, peminat setianya tetap memilih Bunkface.

Lagu Situasi mula menjadi siulan. Bila lagu itu dinyanyikan, peminatnya turut menyanyi bersama-sama. Lagu itu juga dipersembahkannya dalam program Bukan Empat Mata