MUHYIDDIN meninjau sebahagian calon yang menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan terhadap pihak sekolah yang sengaja menghalang pelajarnya daripada menduduki peperiksaan penting dalam sistem pendidikan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian sedang meneliti beberapa laporan yang diterima berhubung perkara itu dan jika ada asas, tindakan akan diambil.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meninjau sendiri 262 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekolah berkenaan yang sedang menjawab soalan Bahasa Inggeris Kertas 1 pada hari kedua peperiksaan itu berlangsung.
Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan pihak sekolah supaya tidak terlalu ghairah mengejar kecemerlangan sekolah sehingga menafikan hak pelajarnya untuk menduduki peperiksaan penting pendidikan.
No comments:
Post a Comment