Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dinasihatkan supaya mendedahkan segala salah laku dan kemungkaran yang dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, sebagai umat Islam, Azmin perlu sedar dan menolak pemimpin yang melakukan kemungkaran walaupun individu itu menjadi idola beliau.
“Namun, saya lihat Azmin mempertaruhkan masa depan karier politiknya pada Anwar. Dia tetap mempertahankan Anwar tidak kira tindakan yang dilakukan itu betul atau salah,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Jelas Zahrain, Azmin tidak mempunyai pilihan selain membela Anwar kerana karier politiknya bergantung kepada pemimpin PKR itu.
Ekoran itu, Zahrain turut menaruh harapan agar ahli PKR yang lain akan mengikut jejak langkahnya dengan menolak Anwar sebagai pemimpin dan meninggalkan parti itu.
Zahrain berkata, ibu kandung Azmin turut kecewa dengan tindakan anaknya mempertahankan Anwar. “Saya pernah berjumpa dengan (kakak sulung Azmin) Ummi Hafilda dan pelbagai perkara telah diceritakan. “Malah Ummi beritahu bukan sahaja kakak sulung (Norlia), ibu mereka turut kesal dengan tindakan Azmin mempertahankan Anwar tanpa was-was,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pendedahan Norlia pada Ahad yang kecewa dengan kecenderungan politik adiknya menjadi orang kanan Anwar.
Sementara itu, Zahrain turut menyatakan penerimaan positif rakyat Bayan Baru terhadap dirinya yang dilihat mampu memberi laluan terbaik untuk memenangi kerusi di kawsan tersebut pada pilihan raya umum akan datang. “Saya boleh kerja dengan sesiapa sahaja kerana semasa aktiviti turun padang sambutan daripada orang ramai sangat baik.
“Sama ada saya akan pertahankan kerusi sekarang atau sebaliknya… masih banyak perkara perlu dipertimbangkan. “Saya tahu sebagai ahli parlimen Bebas bukan senang hendak menang, tetapi itu semua bergantung kepada penerimaan rakyat,” katanya.
Zahrain juga mempertikaikan tindakan syarikat konglomerat terkemuka negara, Sime Darby membelanjakan RM776 juta untuk memiliki 30 peratus pegangan saham dalam syarikat pembangunan hartanah Eastern & Oriental (E&O) baru-baru ini.
Zahrain berkata, pelaburan Sime Darby yang tergesa-gesa itu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam urusniaga membabitkan dana pemegang saham dengan jumlah besar.
“Kita maklum sebahagian besar saham E&O, selain 30 peratus yang diperolehi Sime Darby masih kekal di tangan warga asing termasuk seorang individu yang juga merupakan Pengarah Temasek Holdings, iaitu badan pelaburan kerajaan Singapura.
“Apakah kepentingan strategik kita dalam E&O dalam situasi pemilikan sedemikian? Ada pihak mempersoalkan jika tindakan Sime Darby adalah satu langkah ‘bail-out’ atau langkah menyelamatkan E&O ketika ekonomi global semakin merundum. Apakah persoalan ini ada asasnya,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

No comments:
Post a Comment