MUAR 6 Sept. - Waris keluarga anggota polis yang menjadi mangsa serangan Balai Polis Bukit Kepong menuntut Mohamad Sabu untuk meminta maaf atas 'keceluparan' menghina pengorbanan pasukan keselamatan negara atau berdepan tindakan saman.
Menurut Laila Abu Bakar, 56, yang merupakan anak kepada salah seorang anggota polis yang tercedera dalam peristiwa tersebut, Allahyarham Koperal Marin Abu Bakar Daud, kenyataan Mat Sabu itu amat mengguris perasaan ahli keluarganya dan menghina perjuangan bapanya.
"Saya meminta Mat Sabu untuk meminta maaf kepada waris (anggota polis Bukit Kepong) dan seluruh rakyat Malaysia dengan seberapa segera, kalau tidak kita akan mengambil tindakan saman terhadap dia sebab membuat fitnah yang tidak betul," katanya kepada pemberita di Lenga, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, semua pihak yang tidak puas hati dengan Mat Sabu kerana mengganggap komunis sebagai hero dalam tragedi Bukit Kepong digesa mengambil tindakan menyaman Timbalan Presiden Pas itu di mahkamah.
Jelas Laila, ahli keluarganya amat tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu kerana perjuangan bapanya serta anggota polis lain seolah-olah tidak dihargai dan lebih teruk, mengangkat pengganas pula sebagai wira.
Beliau berharap waris lain kepada anggota polis yang terkorban dalam peristiwa tersebut dapat bersama-samanya mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu sebagai pengajaran untuk tidak sewenang-wenangnya menafsir sejarah sehingga mengguris perasaan mereka yang menderita dalam peristiwa itu.
Seorang lagi waris, Siti Rokiah Abu Bakar, 58, berharap Mat Sabu bertaubat serta kembali ke pangkal jalan kerana perbuatannya itu telah banyak mengguris perasaan ahli keluarganya dan rakyat Malaysia yang lain.
"Saya meminta dia agar jangan memikirkan pasal kepentingan politik semata-mata, dia patut memikirkan pasal keselamatan dan keamanan negara," katanya.
Bagi Ketua Kampung Lenga, Abdul Rahim Abbas, Mat Sabu perlu meminta maaf atau menghadapi tindakan saman kerana kenyataan yang dibuatnya itu telah menghina pasukan keselamatan negara.
"Saya mendapat cerita yang sebenar walaupun saya masih kecil semasa peristiwa itu berlaku dan sememangnya, pengganas komunis adalah pengkhianat negara dan pasukan keselamatan adalah wira sebenar yang mempertahankan negara," katanya.

No comments:
Post a Comment