LEBIH 20 tahun terbabit dalam bidang hiburan tempatan, orang kuat AirAsia, Edd Razhe diberi kepercayaan muncul di depan kamera pula bagi mengendalikan program sendiri buat julung kalinya.
Edd yang juga Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, bakal mengacarakan program Travelog AirAsia Bersama Edd Razhe yang turut dijayakan bersama hos undangan terdiri dari barisan selebriti popular tanah air.
Program 26 episod ini bakal disiarkan di TV3 bermula penghujung Oktober ini.
Seramai 20 artis wanita terkenal yang bakal terbabit dalam program ini seperti Maya Karin, Fauziah Latiff, Ella, Nurul Syuhada Nurul Ain, Fara Fauzana, Intan Ladyana, Nora Danish, Alyah, Fasha Sandha, Juliana Evans, Daphne Iking dan ramai lagi.
Semua artis akan disolek oleh jurumekap terkenal, Zulfazli Suhadi.
Tidak ketinggalan, penampilan enam artis lelaki popular, Remy Ishak, Fizo Omar, Aaron Aziz dan Azhar Sulaiman. Lebih bermakna, program ini turut menampilkan bekas Pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin Rajab dalam satu episod.
Bukan saja selebriti, destinasi negara yang bakal dipaparkan juga memang mempunyai tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Antara lokasi yang bakal dipaparkan termasuk Paris, Christchurch (New Zealand), Korea, Jepun, Perth dan Gold Coast (Australia), New Delhi, Tehran dan Jeddah.
Secara peribadi, Edd yang pernah menjadi pengurus kumpulan Feminin, Maya Karin dan Yasin turut bersyukur kerana diberi kepercayaan TV3 dan AirAsia mengacarakan program menarik itu.
“Semuanya bermula apabila saya tampil dengan idea untuk buat program ini dan ia juga dipersetujui Pengasas dan Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan Pengasas Bersama Tune Group dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun serta Datuk Seri Farid Ridzuan yang tertarik untuk merealisasikan program ini.
“Sebelum ini, saya pernah menjayakan Majalah 3 bersama Nurul Syuhada dan sedikit sebanyak pengalaman itu memberi keyakinan tinggi pada saya memikul tanggung-jawab besar mengacarakan program ini.
“Selain itu, saya juga dibantu kawan termasuk rakan artis untuk merealisasikan program ini seperti direncanakan. Sebagai pengacara, saya bersedia memberikan yang terbaik pada program ini mengikut kemampuan sendiri,” katanya.
Mengenai pemilihan artis, kata Edd, semua selebriti yang terbabit dalam program ini ialah mereka yang rapat dengannya sejak dulu. Ia lebih memudahkannya bekerja kerana sudah kenal lama dan lebih selesa bekerjasama dengan rakan artis yang sudah kenal hati budinya.
“Bukan itu saja, mereka juga sudah tahu cara saya bekerja bagi memudahkan kami merealisasikan program ini. Sepanjang mengacarakan program ini, saya turut dibantu produser dan jurukamera TV3 yang turut membuat liputan untuk semua episod di lokasi yang dipilih,” katanya.
Selaku Produser Eksekutif, Edd berkata, apa yang menarik mengenai Travelog itu adalah konsep santai dan berbeza dengan program Majalah 3 yang memaparkan isu yang lebih serius.
“Terus terang, saya akan mengacarakan program ini dengan cara sendiri serta mengikut keselesaan sepanjang ia bersiaran nanti. Program ini dihasilkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Episod pertama akan memaparkan saya meneroka kota Paris bersama Maya Karin dan kami akan berangkat ke sana pada 26 September ini.
“Di Jeddah pula, kami akan paparkan cara orang Islam menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Selain pengacara, saya juga bertanggungjawab dari segi kandungan program dipaparkan nanti,” katanya.
Sementara itu, Edd turut bercerita kenangannya ketika bekerjasama dengan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti di Mogadishu, Somalia pada 2 September lalu.
Katanya, arwah antara jurukamera daripada Bernama yang paling rapat dengannya kerana sudah kenal iaitu sejak 10 tahun lalu. Arwah juga sering membuat liputan pelbagai majlis anjuran AirAsia yang berlangsung di Kuala Lumpur sebelum ini.
“Arwah pernah membuat liputan bersama AirAsia ke Miri (Sarawak), Medan dan Korea sebelum ini. Antara kenangan yang sukar dilupakan ketika bersama arwah ketika dia membuat liputan majlis menandatangani perjanjian antara AirAsia dan Manchester United, tiga tahun lalu.
“Saya dan AirAsia memang suka dengan hasil kerjanya yang bagus, kreatif dan ada kelainan berbanding jurukamera lain. Kami di AirAsia cukup terasa dengan pemergiannya itu. Apapun, kita kena reda dengan ujian Tuhan yang lebih menyayanginya,” katanya.

No comments:
Post a Comment